Polis jumpa peti besi berusia 20 tahun di rumah Datuk Seri Najib Tun Razak! Apa yang ada dalam tu agaknya?

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membuka sebuah peti besi berusia 20 tahun bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal peti besi itu tidak dapat dibuka oleh pihak polis kerana kunci peti besi yang ditemui di kediaman peribadi Najib itu telah hilang.

Image result for Polis jumpa peti besi berusia 20 tahun di rumah najib

Beliau berkata peti besi berkenaan dijumpai pada 8.30 pagi tadi dan usaha untuk membuka peti besi masih berterusan sehingga kini.

“Kandungan di dalam peti besi itu masih tidak dapat dipastikan lagi…terdapat 50 sehingga 60 pegawai dan anggota yang tiba di kediaman mereka sejak semalam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Najib dan keluarga di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini pada Khamis.

Terdahulu, pada 4.40 petang tadi sebuah trak PDRM telah keluar dari perkarangan rumah Najib dipercayai membawa keluar bahan bukti sambil diiringi sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis.

Image result for Polis jumpa peti besi berusia 20 tahun di rumah najib

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Video penuh di bawah :

Artikel Berkaitan :

Tiada penahanan dilakukan susulan tindakan polis menggeledah lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu media pada pukul 4 pagi Khamis bahawa polis telah memeriksa kediaman Ahli Parlimen Pekan di Taman Duta, di ibu negara.

Beliau berkata, ahli keluarga Najib telah memberi kerjasama bagi membolehkan pihak polis melaksanakan tugas mereka.

“Tiada dokumen diambil, kecuali barangan peribadi termasuk beg tangan, hadiah dan pakaian.

“Kami percaya polis akan mengambil dua atau tiga kotak lagi yang mengandungi pelbagai barangan.

“Ia sebuah rumah yang besar, jadi mereka perlu memeriksa setiap bilik di dalamnya, sebab itu ia mengambil masa yang lama.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat ketika ini, tiada juga petunjuk kemungkinan akan berlaku penahanan,” katanya.

Setakat ini juga tiada pertuduhan akan dibuat, walaupun Harpal percaya ia mungkin disiasat mengikut akta pengubahan wang haram.

Beliau juga mengesahkan polis telah menggeledah pangsapuri Najib di ibu negara.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan polis telah memeriksa lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Lokasi itu termasuk kediamannya di Taman Duta, Sri Perdana di Putrajaya, dua lokadi di Pavilion KL dan pejabat Perdana Menteri.

Sebelum ini Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Ben Ali membuat laporan polis mengenai pemindahan barangan peribadi berjenama mewah didakwa milik isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Kredit Video : KiniTV

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*