5 Artis Yang Berkahwin Dengan Pemain Bola Sepak Dan Masih Kekal Hingga Sekarang. No 3 Tu Berdarah Campuran Rupanya!!

Mia Ahmad telah pun selamat bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi. Lalu menambahkan lagi senarai artis yang berkahwin dengan pemain bola. Kali ini jom kita lihat lima pasangan artis dan pemain bola sepak yang telah berkahwin dan bahagia sehingga ke hari ini.

1. Salwa Abdul Rahman & Subadron Abdul Aziz (Bekas pemain bola Kuala Lumpur & kebangsaan)

Perkahwinan penyanyi Salwa dan Subadron mendapat perhatian suatu ketika dahulu. Ini kerana mereka sangat popular dalam lapangan masing-masing.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak dan kekal bahagia sehingga ke hari ini.  Salwa turut merakam semula lagu Bintang Sukan Ku dan Bintang Di Sayang yang ditujukan khas buat suaminya serta semua pemain bola sepak.

2. As Feminin & Azman Adnan (Bekas pemain bola Selangor & Kebangsaan)

Penyanyi kumpulan Feminin ini, As atau nama sebenarnya Asfarina Muhamad juga memilih pemain bola iaitu Azman Adnan sebagai teman hidupnya.  Mereka berkahwin pada 14 Disember 2004. Kini mereka bahagia dengan empat orang cahaya mata.  As kini tidak lagi menyanyi dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

3. Wan Khatijah & Azlisham Ibrahim (Bekas penjaga gol kebangsaan)

Penyandang Dewi Remaja (tahun 1995/1996) Wan Khatijah telah memilih Azlisham Ibrahim sebagai teman hidupnya.  Mereka bercinta sejak zaman Wan Khatijah masih belajar di UiTM Jengka lagi. Selepas tamat pengajian, Wan berkahwin dengan Azlisham dan kini mereka kekal bahagia dengan lima orang anak. Wan kini tidak lagi aktif dalam bidang seni sebaliknya sibuk dengan perniagaan.

4. Ayu Raudhah & Zaquan Adha (Pemain bola Perak Fa, The Bos Gaurus)

Ayu Raudhah telah berkahwin dengan Zaquan Adha pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki.  Ayu juga kini sedang hamil lagi anak ketiga mereka.

5. Mia Ahmad & Izham Tarmizi (Penjaga gol JDT)

Berita percintaan antara Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah dapat dihidu media sejak awal tahun lalu lagi.  Namun ketika itu, mereka belum mahu mengesahkan hubungan tersebut kerana masih di peringkat perkenalan.  Akhirnya telah tertulis jodoh, Mia dan Izham disatukan pada 13 Januari 2017.

Sumber : medialetop

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*